Friday 10 July 2015

Resipi memikat suami/isteri/tunang/bf/gf dan crush..ehh??

Assalamualaikum..

Okay, hari ni aku dengan bangganya nak mempersembahkan kepada korang..satu resipi baru yang sangat ringkas, mudah and so yumm yumm..!! Aku guna bahan yang dah sedia ada dalam peti ais aku. Ate, teringin benor nak makan kaaann..jadi aku merajinkan diri ke dapur and buat resipi ni dengan terujanya..


Memperkenalkan..DUMPLING GORENG SUKA HATI AKU..sebab apa aku kata suka hati? sebabnya semua bahan2 yang aku gunakan untuk resepi ni memang ikut suka hati aku je nak sumbat..so, jangan buang time lagi.. moh aku tunjukkan cara2 dan bahan2nya..




Bahan-bahan

-Daging ayam kisar atau daging lembu kisar (yang ni aku guna separuh dari satu bungkus tu, kalau satu bungkus tu 400 gram, separuh jadi 200 gram, faham?)
-Kacang buncis (dicincang halus)
-Bawang merah (aku guna separuh je)
-1 biji kentang (potong kecik2 dan rebus sampai empuk)
-2 ulas bawang putih
-Sedikit halia
-1/2 sudu besar sos tiram
-1/2 sudu besar maggi cukup rasa (kalau boleh masa tabur tu..kau nyanyi macam amy mastura tu sikit)
-1 sudu besar serbuk kari
-5 biji cili padi (kalau nak pedas lagi korang letak ler lebih..huhu)
-kulit dumpling/wantan 
-Garam secukup rasa


Bahan2 ni korang boleh create ikut kreativiti korang sendiri. Kacang buncis tu kalau nak diganti dengan daun bawang ke..daun sup ke..pon boleh. Memandangkan aku buat benda ni pun last minit..so, bahan2 yang sepatutnya pon tak banyak sangat..aku tengok dalam peti ais aku tu ada kacang buncis, aku pun belasah je guna untuk resepi dumpling goreng ni. Sama jugak dengan ayam kisar tu..nak guna satu bungkus tu pon ikut suka hati korang laa..pandai2 korang la agak macam mana sukatannya..


Kita ke cara pembuatannya pulokk..

-Campurkan daging ayam/lembu tu dengan kacang buncis dan cili padi yang dicincang halus. Sebelum tu, korang tumbukkan bawang merah, bawang putih dengan halia tu..then bila dah lumat korang campurkan sekali ke dalam ayam kisar tu.

-Kemudian, letakkan ler sos tiram, maggi cukup rasa dengan garam sikit. Make sure sukatan tu betul..kang masin nau nau pulak..jangan lupa serbuk kari..for the flavaaaa...!!



Gini ler ghopenyer..bila dah campur semua bahan tu tadi..


-Part kentang yang dah direbus empuk tu..korang lecek2kan sampai lumat. Masa korang tengah gigih nak bagi kentang tu hancur, korang bayangkan laa muka orang yang kau menyampah. Hahhh..kau tenyeh2 kentang tu sepuas hati seumpama kau tenyeh muka orang tuu.. hehehe..main2 laa..jangan laa korang buat..tak baik tauuu..

-Korang boleh divide ayam tadi tu kepada dua bahagian..sengaja aku buat dua jenis, kentang campur ayam satu..and ayam biasa satu (macam order burger je bunyinye) lepas tu jadi macam kat bawah ni haaa..




-Dah dapat dua bahagian tu..boleh ler korang balutkan dengan kulit popia/wantan tu..bentuk ikut suka hati..macam aku, aku buat bahagian kentang campur ayam tu bunjut2..part ayam sahaja tu aku lipat dua and then aku lipat2 with each other pulaakkk..apa benda aku explain ni? -..-"


Tadaa.. dah siap!


Dumpling ni bukan je boleh digoreng..korang nak kukus..buat sup ke..macam style korea. Aku pernah tengok the return of superman part yang kembar 3 tu..daehan, minguk, manse dengan bapak diorang makan dumpling kukus. Tengok diorang makan macam sedap je..aku pun apa lagi try test laa buat sendiri..nasib baik jadi..



Yang ni dah siap digoreng. Perasan tak ada bentuk lain macam je tu?
4 ketul yang belah kanan tu
lebihan kentang campur ayam. Kulit popia pun dah habes jadi aku makin kreatif
dengan buat kentang tu jadi macam ala2 bergedil.


Senang ke idok? Cuba laa uollss..buat resepi ni..bagi kat buah hati korang tu haa..para isteri boleh buat untuk suami. Surprise kat dia dengan dumpling ni..aku sure husband korang makin sayang kat korang. Cehhh..cakap macam aku dah berlaki pulokk. Apa-apa pun selamat mencuba resepi simple ni..bye..!!




No comments:

Post a Comment