Friday 10 July 2015

Resipi memikat suami/isteri/tunang/bf/gf dan crush..ehh??

Assalamualaikum..

Okay, hari ni aku dengan bangganya nak mempersembahkan kepada korang..satu resipi baru yang sangat ringkas, mudah and so yumm yumm..!! Aku guna bahan yang dah sedia ada dalam peti ais aku. Ate, teringin benor nak makan kaaann..jadi aku merajinkan diri ke dapur and buat resipi ni dengan terujanya..


Memperkenalkan..DUMPLING GORENG SUKA HATI AKU..sebab apa aku kata suka hati? sebabnya semua bahan2 yang aku gunakan untuk resepi ni memang ikut suka hati aku je nak sumbat..so, jangan buang time lagi.. moh aku tunjukkan cara2 dan bahan2nya..




Bahan-bahan

-Daging ayam kisar atau daging lembu kisar (yang ni aku guna separuh dari satu bungkus tu, kalau satu bungkus tu 400 gram, separuh jadi 200 gram, faham?)
-Kacang buncis (dicincang halus)
-Bawang merah (aku guna separuh je)
-1 biji kentang (potong kecik2 dan rebus sampai empuk)
-2 ulas bawang putih
-Sedikit halia
-1/2 sudu besar sos tiram
-1/2 sudu besar maggi cukup rasa (kalau boleh masa tabur tu..kau nyanyi macam amy mastura tu sikit)
-1 sudu besar serbuk kari
-5 biji cili padi (kalau nak pedas lagi korang letak ler lebih..huhu)
-kulit dumpling/wantan 
-Garam secukup rasa


Bahan2 ni korang boleh create ikut kreativiti korang sendiri. Kacang buncis tu kalau nak diganti dengan daun bawang ke..daun sup ke..pon boleh. Memandangkan aku buat benda ni pun last minit..so, bahan2 yang sepatutnya pon tak banyak sangat..aku tengok dalam peti ais aku tu ada kacang buncis, aku pun belasah je guna untuk resepi dumpling goreng ni. Sama jugak dengan ayam kisar tu..nak guna satu bungkus tu pon ikut suka hati korang laa..pandai2 korang la agak macam mana sukatannya..


Kita ke cara pembuatannya pulokk..

-Campurkan daging ayam/lembu tu dengan kacang buncis dan cili padi yang dicincang halus. Sebelum tu, korang tumbukkan bawang merah, bawang putih dengan halia tu..then bila dah lumat korang campurkan sekali ke dalam ayam kisar tu.

-Kemudian, letakkan ler sos tiram, maggi cukup rasa dengan garam sikit. Make sure sukatan tu betul..kang masin nau nau pulak..jangan lupa serbuk kari..for the flavaaaa...!!



Gini ler ghopenyer..bila dah campur semua bahan tu tadi..


-Part kentang yang dah direbus empuk tu..korang lecek2kan sampai lumat. Masa korang tengah gigih nak bagi kentang tu hancur, korang bayangkan laa muka orang yang kau menyampah. Hahhh..kau tenyeh2 kentang tu sepuas hati seumpama kau tenyeh muka orang tuu.. hehehe..main2 laa..jangan laa korang buat..tak baik tauuu..

-Korang boleh divide ayam tadi tu kepada dua bahagian..sengaja aku buat dua jenis, kentang campur ayam satu..and ayam biasa satu (macam order burger je bunyinye) lepas tu jadi macam kat bawah ni haaa..




-Dah dapat dua bahagian tu..boleh ler korang balutkan dengan kulit popia/wantan tu..bentuk ikut suka hati..macam aku, aku buat bahagian kentang campur ayam tu bunjut2..part ayam sahaja tu aku lipat dua and then aku lipat2 with each other pulaakkk..apa benda aku explain ni? -..-"


Tadaa.. dah siap!


Dumpling ni bukan je boleh digoreng..korang nak kukus..buat sup ke..macam style korea. Aku pernah tengok the return of superman part yang kembar 3 tu..daehan, minguk, manse dengan bapak diorang makan dumpling kukus. Tengok diorang makan macam sedap je..aku pun apa lagi try test laa buat sendiri..nasib baik jadi..



Yang ni dah siap digoreng. Perasan tak ada bentuk lain macam je tu?
4 ketul yang belah kanan tu
lebihan kentang campur ayam. Kulit popia pun dah habes jadi aku makin kreatif
dengan buat kentang tu jadi macam ala2 bergedil.


Senang ke idok? Cuba laa uollss..buat resepi ni..bagi kat buah hati korang tu haa..para isteri boleh buat untuk suami. Surprise kat dia dengan dumpling ni..aku sure husband korang makin sayang kat korang. Cehhh..cakap macam aku dah berlaki pulokk. Apa-apa pun selamat mencuba resepi simple ni..bye..!!




Tuesday 7 July 2015

Memanfaatkan 10 hari terakhir Ramadan

Assalamualaikum semua..
Alhamdullilah, hari ni hari ke-20 ramadan..cepat kan masa berjalan? Mesti ramai yang dah tak sabar nak sambut bulan Syawal pulak kaannn? Tapi, nanti dulu..jangan excited nau..kita still ada lagi 10 hari untuk habiskan bulan ramadan ni..saborrrr..!!

Ya, aku tahu..korang tengah sibuk buat persiapan raya sekarang ni. Ada yang cat rumah, tukar sofa baru..beli baju raya 2 3 pasang kalau boleh kau boria sama kaler dengan family kau..cakap orang, aku pun sama jugak  -..- boleh...sape kata tak boleh asalkan kau pandai manage perbelanjaan korang masa musim perayaan ni dengan baik..dah okay laa tu..

Tapi jangan lupa jugak kita pun kena buat persiapan untuk merebut peluang pada hari-hari terakhir ramadan ni dengan memaksimumkan sehabis mungkin amal ibadat kita kepada Allah S.W.T. So, moh kita buat check list untuk diri kita supaya kita dapat bertemu lailatul qadar ni..besar ganjarannya tau..


1. Meluangkan masa untuk Allah

Haaa..masa nilah kita nak memohon apa kita hajati, apa yang kita nak..jangan risau, Allah ada untuk dengar doa setiap hambanya..lagi2 bulan puasa ni kan..In Shaa Allah, jika di izinkan, Allah akan perkenankan. Tinggalkan sekejap hal2 dunia ni dan rebut peluang untuk bertemu dengan Allah S.W.T. 





2. Membaca Al-Quran 

Kalau dulu sebelum bulan puasa ni, kita mungkin dengan tak sengaja tinggalkan al-quran sampai berdebu dalam almari kau..kali ni, kalau boleh..kita 'dating' dengan al-quran..jangan hengat kau boleh dating dengan orang je..dengan kalamullah ni pon bisa..walaupun macam terlambat la jugekk kannn...yelaa, dah nak habis bulan puasa ni baru terkial2 cari al-quran..acano tu?? hahaha..takpe my dear..sekurang-kurangnya kita ada kesedaran nak mendalami ayat-ayat Allah..kita nak tambah pahala..kiranya masih belum terlambat..dan yang penting istiqomahkan amalan ni sampai bila2..In Shaa Allah..


comel kan? harap2 bila dah ada anak nanti, dia pandai baca al-quran..


3. Memperbanyakkan solat-solat sunat 

Instead of solat fardhu...cehh..speaking kauuu..selain kita melakukan solat fardhu which is a MUST for muslims..kita boleh melakukan solat sunat seperti solat hajat, tahajjud..istikharah ke..lagi afdhal buat sepertiga malam like 3 pagi atau 4 pagi macam tu..sebelum uolls bersahur. Orang kata kalau kita beribadat pada waktu2 macam ni..dia punya 'feel' tu lain macam woooo..sebab dengan suasana sunyinya..sejuk2 sikit..seolah-olah kau rasa dekat sangat dengan Dia..bila kau berdoa tu kalau doa sungguh2 memang boleh mengalir air mata..




4. Memperbanyakkan doa

Malam 10 akhir adalah malam-malam yang penuh kebaikan, kebajikan dan ihsan. Nabi saw menyatakan kepada orang yang berpuasa bahawa berdoa ketika berbuka tidak ditolak oleh Allah. 

Nabi turut mengkhabarkan bahawa Allah SWT turun pada ¾ malam, lalu nabi bersabda:   “Barangsiapa yang berdoa ketika itu pasti dikabulkan dan barangsiapa yang beristighfar (memohon ampun) pasti akan diampunkan dosanya”.(Tirmizi dan Ibn Majah) 


Aku rasa cukup la kot..contoh2 amalan yang boleh kita buat pada 10 hari terakhir ramadan ni..Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya sepanjang bulan puasa ni.. jangan ponteng puasa ya..? bye..



Sunday 5 July 2015

Ikhtilat..

Assalamualaikum..

Lately ni, kes suami kantoi curang dengan isteri jadi 'viral' kat media sosial..baru kahwin 6 minggu, si isteri dapat tahu suami ada perempuan lain. Relationship sebelum kahwin lama..8 tahun tapi tulah tak semestinya kita kenal pasangan kita tu sebenar benarnya..maybe yang kita kenal tu hanya laa lakonan propa si dia. Kalau jadi macam ni kat aku laa..aku pun rasa sakit hati. Rasa marah..kecewa..terkilan semua ada.. sebab aku tahu sangat rasa kena tipu macam mana..memang sakit hati ni Allah saje laa yang tahu..bila kita dah yakin dialah someone yang the best untuk kita tup tup dia tipu and ada orang lain yang kononnya 'lebih baik' dari kita yang setia ni. Aku anggap benda yang dah jadi ni ada hikmah and aku slow2 belajar untuk redhoo dan terima kenyataan yang jodoh aku dengan dia dulu takat situ jelaa..

Okay tutup cerita pasal tu, sekarang ni macam mana kita nak elakkan dari berlakunya kes2 manusia tak guna macam tu..kalau kita tak jaga satu benda ni dari awal memang tak terkira jawabnya 'viral-viral' bf/gf atau suami/isteri yang curang ni. IKHTILAT. Apa benda ikhtilat tu?




Sebab tu aku kata ikhtilat ni kena jaga..baik lelaki mahupun perempuan. Kalau kita jaga In Shaa Allah..semuanya akan okay. Aku sendiri pun bukannya baik nau nak bagi nasihat kat orang ni..aku dulu pun lagi teruk gak dalam bab2 pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Ya, aku jahil. Jahil dalam semua benda dan aku cuba untuk jaga benda2 ni semua dari sekarang. Kalau dulu masa couple, tangan menggatal je kan..nak pegang2 laa..itu laa..ini laa..yelah, tebiat orang bercouple..bila Allah dah tak izinkan aku dengan dia untuk couple lebih lama lagi..barulah aku ni nak sedor diri..masa tu jugak laa aku nak kenal tuhan, kenal al-quran..macam2 lagi laa..padan muka aku..

Walau apa pun aku tetap bersyukur..mungkin Allah sayang aku..so, dia selamatkan aku dari lebih tersesat dan lebih mendekatkan diri dengan Dia dulu sebelum aku betul2 bersedia untuk jadi isteri satu hari nanti...cewaahh.. Mula2 memang laa..masa break asyik menangis je..dok tanya "why..? why..? kenapa aku..? kenapa dia tipu..?" sampai susut berat badan aku..frust giler aku masa tu..ibu aku sendiri pun dah tak tahu nak buat apa melainkan doa jelaa yang mampu supaya hati anak dia sado sikit..apa punya perangai laa aku ni   -__-''




Bagi aku laa, kes2 curang ni terjadi puncanya apabila kita tak jaga ikhtilat ni laa.. sebab apa mostly perangai lehenet curang ni jadi, bila si perempuan ni dia dah tahu yang lelaki ni dah ada gf or isteri 
still jugak nak menggatal dengan laki orang ni..yang laki pun sama gatal melayan.. sama jugak bila lelaki tu dah tahu perempuan tu ada bf atau suami tapi nak menggedik jugak nak sailang hak orang.. aku hangin betul dengan spesis bangkai macam ni. Hina weh status "PERAMPAS" ni..serius bhaiii..aku tak faham, bila kau dah ada pasangan or future partner kau yang baik..setia..almost perfect di mata kau..tapi tetap laa pilih orang lain yang kononnya lebih baik dari pasangan kau sendiri..wait a minute? apa kaitannya isu perampas..melayan ni dengan ikhtilat?

Senang je..ikhtilat ni kita dah faham yang maksudnya ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam sesuatu keadaan kan..? so, kaitannya disini is..orang yang betul2 jaga ikhtilat sesama manusia dia takkan cuba mengganggu hubungan orang yang tengah bahagia..dengan menjadi orang ketiga. Aku cakap ni dari sudut untuk orang yang dah berkahwin atau yang tengah bercinta..jangan salah faham pulak..and jangan fikir ikhtilat ni untuk orang yang kategori macam ni je.. untuk kengkawan antara lelaki dan perempuan sesama belajar, kerja..and also in the society.

Okay, sambung balik..
Aku amik balik point aku yang sebelum ni.. orang yang betul2 jaga ikhtilat sesama manusia dia takkan cuba mengganggu hubungan orang yang tengah bahagia..dengan menjadi orang ketiga. 
Yelaa..bak kata pepatah..sarang tebuan jangan dijolok..sama jugak kalau takde pasal..jangan cari pasal. Kau dah tahu dia milik someone, tetap jugak nak rapat..tak fikir langsung perasaan pasangan dia macam mana..lepas tu bangga bila dah rampas hak orang.. mohon orang jenis macam jangan tumbuh banyak2 kat dunia ni.. aku respek gila bila ada orang yang cuba nak approach, dia akan bagi alasan like..

" maaf, saya dah beristeri.."
" maaf, saya dah bersuami.."
" i have boyfriend..sorry.."
" i love my girl..and i respect her.."

Bukan nak kata tak boleh bergaul langsung..tu dah macam hape laa pulak..maksudnya kalau kau tahu batas kau..In Shaa Allah hubungan korang akan bahagia..takdelaa bila ada orang yang nak menggatal dengan korang, korang pon join sekaki menggatal..tu dah bangang namanya.. sebelum terfikir nak jadi bodoh dengan menduakan pasangan korang..fikir dulu..selama ni partner korang setia dengan korang, sayang or cinta nak mati dengan korang..sanggup susah senang sama-sama..berkorban masa..duit untuk bahagiakan korang..bukannya main belasah je nak menipu partner korang tu..

Kalau macam gitu laa perangai korang..partner kau tu boleh dapat yang lebih baik lagi dari korang..dia sendiri pon boleh buat apa yang korang buat..just dia tak nak je sebab sayang..memang rugi laa kalau ada pasangan yg baik tu tapi korang lepaskan dia untuk orang lain..waaahh..tetiba aku bagi nasihat..cehcehceh..aku bebel merepek macam ni pun atas dasar experience je..supaya lebih berhati2 lepas ni nak pilih calon suami..huhu..


Apa-apa pun yang paling penting jaga hubungan dengan Allah. Selalu berdoa dengan dia supaya diberi jodoh yang baik..setia..bertanggungjawab..bukan takat soal jodoh..benda2 yang lain pun sama jugak..minta pada Dia supaya kita jadi anak yang baik untuk mak ayah..yang boleh membahagiakan diorang..jadi pelajar cemerlang..pekerja yang baik..and so on..sometimes, God sent us trial because he knows that we can bear it..he knows that we are strong enough to go through on it..so, don't be sad..chin up and you deserve to be happy..just make yourself happy..that's it...let bygone be bygone..keep faith and put your trust to Him, okay? Smile dear  = )



And this is for broken heart people..