Wednesday 28 October 2015

Sampai bila aku nak jadi macam ni??

Pernah tak dalam korang terfikir atau terlintas dalam hati korang yang satu hari nanti kau akan berubah? Kau dah tak nak duduk dalam tempat kau sekarang? Terutama dalam kehidupan seharian. Kau nak rajin solat, kau nak jadi baik..nak jadi seorang hamba yang sentiasa zuhud dalam ibadah. Yelah..umur dah lanjut tapi perangai kau cenggitu gak..tak berubah..

Kalau korang tanya aku, tipulah kalau aku jawab tak.. tahun ni aku dah 21 tahun tapi pemalas nak mampuihh. Alamak ter'reveal' perangai sebenar aku. Malas sikit je. Selalu sangat aku fikir bilalah aku ni nak berubah..aku nak sangat buat something yang boleh membanggakan diri aku sendiri. Tak banyak pon aku nak. Aku cuma nak rajin solat je. Ni dah nak hujung2 waktu baru nak pergi solat. Teruk kan?? Korang jangan ikut macam aku ni. Hahaha..

Bila korang dah rasa perasaan macam tu..kenapa nak tunggu lagi? Dah tiba masanya kau ikut kata hati kau. Kalau tuhan dah gerakkan hati untuk berubah, go on! Allah dah choose kau. Dia tak nak kita ni makin jauh tersasar. Cuma satu masalah kita ni yang susah nau nak istiqomah untuk jadi baik iaitu kita terlalu laju dalam proses penghijrahan kita. Maksudnya, perubahan yang buat ni mendadak sangat. Apa taknya..selama ni kita malas nak solat, tetiba rajin lepas seminggu dua..kiokk balek. Tak guna jugak beb..sama jugak dalam hal-hal lain..mula2 je semangat assabiyah..lama2 semangat mak jemah..apa aku merepek ni? 

Haaa..sabar dulu kawan..aku tahu korang nak berubah, nak jadi manusia yang baik tapi jangan gelojoh sangat. Nak berubah ni kena laa berperingkat. Kalau tak.. ke laut usaha korang. Sia-sia je,,
Untuk korang yang dah ready nak berhijrah..teruskan usaha. Slow-slow mulakan langkah. Macam kau bawak kereta, kau mesti masuk gear 1 dulu kan..takkan terus nak masuk gear 5..tumporr kome..
Nasihat ni untuk diri aku jugak..apa-apa pun selitkan doa untuk setiap perbuatan kita ni. Moga Allah redha..quote aiman banna kauu..

Sabar tu kan separuh daripada aimaaaann..



Aku sengaja je men'typo'kan diri aku ni. Entah mana punya aiman aku pergi rembat buat tajuk blog. Ayat yang sebenar ialah sabar separuh daripada iman. Aku ni nak diklasifikasikan as penyabar pun tak jugak..ada jugak baran kengkadang..kadang-kadang laa tapi selalunya aku ni bersabar..cehhh..

Aku pernah jumpa orang yang penyabar dia..Ya Allah..penyabor bebenor. Orang buat taik kat dia pun dia boleh lek je..aku yang tengok pulak rasa nak pergi tapakkan kaki kat muka dia. Wuiihhh..! Macam mana laa dia boleh bersabar tahap macam tu? Tapi bagi aku, itu dah kelebihan dia laa sebab dia jadi seorang yang bersabar. Allah dah tetapkan dia jadi baik cenggitu. Mungkin dia fikir kalau dia selalu bersabar..tak berdendam dengan orang..Allah makin sayang. 

Aku banyak belajar dari orang-orang yang jenis macam ni. Memang aku nampak orang yang penyabar macam ni kuat. Hati kering laa orang kata. Tapi dalam hati diorang ni, Tuhan jelaa yang tahu betapa azabnya nak tahan. Apa ingat orang yang bersabar macam ni tak makan dalam ke? makan dalam wooo..paling tidak pun kalau malam-malam yang hening laa..cehh hening..malam-malam yang sunyi, bila dia lepas solat and mengadu dengan Tuhan. Aku bet mesti dengan air mata sekali pun keluar. Nama pun manusia. Lemah. Kuat mana pun seseorang tu tahan dengan perbuatan orang yang buat jahat kat dia..mesti akan ada satu moment tu dia akan rasa give up. Penat. Well, aku pun selalu jugak kena situasi macam ni..dah biasa..hati pun dah kering kontang sampai aku cakap kat diri sendiri ni "pergi mampos laa kau.." just untuk build up semangat aku. Bunyi macam kurang ajar kan? Aku dah tak kisah pun..yes, i'm a heartless person.




Kadang-kadang memang kita kena jadi 'jahat' so that people around us ni tak akan suka suki pijak kepala kita. We have to do it! Sebab tak nak rasa sakit. Tapi in proper way laa..jangan laa sampai kau jadi kejam ke tak ada hati perut pulak. Maksud aku, pentingkan diri kau sikit. Kalau dulu, kau buat baik dengan orang tapi orang balas taik kat kau. Sekarang, kau kena berhati-hati bila nak berbuat baik, takut kau yang sakit. Mesti kau tak nak kan? Biarlah orang nak kata kita ni dah berubah 360 darjah sekali pun..orang bukan tahu apa yang kita rasa. Cuma..jangan sampai orang yang selalu support kau tu pulak yang berubah. Hargai orang sekeliling yang banyak tolong kau at the same time. Walau pun orang aniaya kau..kau sabar je..kuatkan hati. Doa jangan putus. Ingat satu benda ni je "ALLAH MAHA ADIL"








Tuesday 27 October 2015

Dah ready nak pikul tanggungjawab?

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu aku nak minta maaf kalau apa yang aku tulis ni banyak orang tersentap secara berjemaah.. tapi benda yang aku nak tulis ni dah melampau sangat aku tengok kat SNS (social network site) kat twitter, facebook... paling berlambak kat wechat. Woiii... aku hangin betul kalau bukak wechat, mesti ada yang post lovey-dovey dengan gf/bf masing-masing..geli aku! Btw, aku nak tulis entri pasal KAHWIN.



RELATIONSHIP GOALS OR 'REAL'TIONSHIP GOALS?

Beza ya dua benda yang aku nak terangkan ni. Based on my opinion laa..relationship goals ni siapa-siapa pun boleh..lembu, biawak, monyet pun boleh nak relationship goals bagai ni. Aku tak hairan pun kalau ada couple yang sibuk kejar benda ni..baru pakai baju sedondon dah dikira as relationshit goals..ehhh silap relationship goals. Well, aku ada pengalaman kenal sorang budak ni umur 19 tahun..waktu tu aku kerja part time kat satu kedai ni sama dengan dia. Nama je umur 19 tahun tapi akal macam budak 9 tahun. Asal dia lalu depan aku, dia mesti bukak citer pasal bf dia, nak kahwin laa..apa laa.. Bayangkan sepanjang aku kerja kat situ aku kena mengadap citer dia yang tak berkesudahan tu..dalam hati aku, aku cakap "dah tak ada benda lain ke kau nak story? please laa.."

Pernah satu kali tu aku bagi dia sentap sikit..aku tanya dia "****(nama dia) tak nak belajar lagi ke?"Bisu terus. Last2 aku fedup aku berhenti kerja. Aman sikit kepala aku. Entahlaa..bagi aku banyak benda lagi boleh difikir instead of marriage. I couldn't see she can be a good wife. Aku yang umur 21 tahun ni pun dah malas nak fikir pasal kahwin ni. Goals aku cuma nak jadi kaya. That's it. 

Sebelum korang fikir pasal kahwin ni, pastikan yang korang ni betul-betul dah bersedia nak pikul tanggungjawab. Siapa tak nak kahwin muda ni..menangis setan wooo..tapi kalau kahwin atas dasar nak elakkan zina semata..aku tak fikir tu goals. Nak elak zina ni tak semestinya kena kahwin.. paling penting jaga ikhtilat kau tu je. Yup, aku mengaku dulu pun aku macam tu jugak asyik berangan jer kejenye sebab tu belajor pon kelaut, nasib baik dapat konvo. Sejak hidup menyingle ni, aku lebih cenderung untuk fikir pasal masa depan aku. Nak cari duit..nak hidup senang. Jodoh, aku serahkan pada Allah dan harap datang jodoh yang baik sementara aku buat persiapan nak jadi baik. Jodoh kan cerminan diri kita jugak..

Untuk realtionship goals ni..aku describe kan bila kau dah betul2 bersedia dari semua aspek. Kau dah tak nak main2 dalam hidup and nak ada hubungan yang kekal dengan orang yang kau sayang. Aku cukup respect kat couple yang support each other. Lagi2 bila kau support partner kau yang dari zero to hero. Paling best lagi, kau tolong partner kau yang dah tolong kau tu dengan cara kau kahwin dengan dia. Gentle habes lah! sekarang ni susah sikit nak cari partner yang nak hidup susah senang, terima baik buruk kita ni.. kalau korang dah ada someone yang macam tu please wei..jaga dia baik2. Jaga sampai korang kahwin. Takyah nak main2kan perasaan orang ni. Tak baik..nak cari yang terbaik ingat senang? takkan jumpa punya.

So, dalam hidup ni..jangan sibuk fokus satu benda je. Banyak benda lagi boleh kau tumpukan. Yang penting selalu berdoa mintak petunjuk life kau..In Shaa Allah, dia akan bukak jalan satu persatu. Slow2 tuhan tunjukkan kat kau. Apa yang kau buat sekarang ni make sure success. Okay?! dahlaa..aku penat laa membebel. Byeee..