Monday 16 November 2015

Aku pun tak tahu nak kata apa..

Tengok tajuk pun aku tak tahu nak kata apa. Okay gaiss..kali ni entri aku pasal cinta. Haaaa...thrilling kan?? Kes budak-budak bercinta. You know, umur macam budak sekolah macam tu. Aku tak berkenan langsung tengok gelagat budak-budak ni bila bercinta. Umur baru setahun jagung, tapi kelakuan tak ubah macam orang dewasa. Haiyyoo..adiikkk..jangan terlampau taksub dengan cinta dikk oii..merana satu badan.


Selalunya kita akan nampak adegan-adegan cinta monyet ni kat wechat laa..kemain diorang ni sweet-sweet kat moment. Masing-masing post ayat-ayat romantik..jiwang leleh, aku yang baca pun sakit mata je..dah laa aku ni rabun..(okay xde kaitan). Yang paling best diorang punya panggilan tu. Waduhh..geli aku. Mama Papa..ayang biy..hahaha. Okay, dengar sini ya adik-adik..nak bercinta tu tak salah..tapi bukan pada umur macam awak..awak masih muda lagi. Banyak benda yang boleh dikejarkan selain daripada cinta ni. Awak mesti ada cita-cita kan? Nak jadi pilot, doktor..peguam..nak jadi boss. Ya, bagus cita-cita awak tu..so, go for it! Realisasikan cita-cita awak tu dulu. Paling penting balas jasa mak ayah awak tu. Tak kesian ke kat mak ayah awak yang bersusah payah cari duit nak sekolahkan awak..dengan adik-beradik awak yang lain, nak tanggung itu nak tanggung ini. Susah dik nak cari duit ni. 


Aku sekarang ni dah takmau nak main-main dalam hidup ni. Dah tiba masanya untuk aku merangka masa depan aku sendiri. Lepas diploma aku nak sambung degree pulak..mintak-mintak laa aku dapat. Amiinn.. hihihi. So, kepada korang-korang yang masih bersekolah tu..jangan fikir pasal cinta ni lagi. Kang cinta ke mana pelajaran pun ke mana.. toksah galak sangat cakap pasal kahwin ni. Ini tak kemain lagi siap introduce future masing-masing yang entah belum tentu jadi ke tak tu kat laman sosial. Lepas tu kalau gaduh, mengamuk kat wechat..twitter..dok mention-mention nama gf/bf. Ada yang lagi dahsyat siap ugut nak bunuh diri..toreh tangan laa.. benda tu semua menampakkan korang ni bodoh tahu tak..tak cukup akal. 


Bagi aku laa..ini pendapat aku sendiri. Before get into relationship ni..make sure korang kukuhkan apa-apa yang patut. Kewangan, kerjaya..masa..ilmu agama..mental fizikal apa semua tu. Tak payah risau laa kalau tengok member-member korang semua tengah angau bercinta. Mungkin belum timenya korang nak ada pasangan hidup ni. Stabilkan everything. In shaa Allah..Allah akan bagi sendiri jodoh kat hampa semua. 


Woiiii..aku dah macam ni motivator apa cittaaa..!! *evil laugh*


Bahagiakan diri korang dulu. Bercinta dengan mak ayah, adik beradik sedara mara apa semua tu..bak kata orang yang cliche' tu..tak mati pun kalau single ni. Hahahaha..Tapi jangan lupa jugak bercinta dengan Allah. Confirm tenang hidup korang tu beb. Confirm!! Haaa...baiklah aku pun dah banyak sangat membebel ni. Segala kata-kata aku dalam blog ni harap dimaafkan laa..sebab aku pun banyak jugak kesilapan macam uolls jugak. Apa-apa pun jadi diri sendiri and always happy. Wahhh..ucapan..hahaha. Okay lah..bye..! *lambai tangan*

Saturday 14 November 2015

Hanya tulisan rawak dan rabak..

12.46 pagi..waktu aku mula untuk menulis something kat blog ni. Idea merepek dah datang untuk aku curahkan kat sini. Well, it is not something that gives all you a good things at all. Just my thoughts that i want to share to you and asking you to think about it. Up to you laa nak ambil kisah ke tidak.. people always judge right?

Semua orang ada masalah tersendiri. Ada kisah silam yang kita sendiri tak nak ingat langsung. Especially orang yang broken-hearted ni. Kalau boleh dah tak nak percaya kat sesiapa lagi sebab takut kecewa yang entah ke berapa kalinya. Ada yang bertekad dalam diri yang tak akan ada relationship lagi dengan mana-mana manusia pun. Dah takut nak letak harapan yang tinggi dengan orang yang diharapkan. Takut orang yang kita sayang berubah hati. Kita seolah-olah dah serik dalam relationship ni. Lebih baik seorang. Tak sakit hati. Aku boleh buat apa yang aku suka. Betul tak?Haha..


Jangan risau..kita geng! Memang sakit bila kita terlalu percayakan dia dan letak harapan tinggi menggunung pada dia tetapi pengakhirannya kita pulak yang merana. Katanya jangan tinggalkan dia, last-last kita yang ditinggalkannya. Kelakar betul! Tapi, perkara yang unexpected macam ni mengajar kita bahawa jangan terlalu yakin dengan sesuatu yang belum pasti. Bila dah terlampau sure, macam itulah jadinya. Akulah tu orangnya. Aku lupa..yang aku ni manusia. Manusia ni hanya mampu merancang..yang menentukannya Allah. Sebab tu segala nikmat tu semua hilang macam tu je.. aku rasa macam satu benda berat jatuh kat diri aku ni. I'm totally down.


Lama-lama..hari demi hari..aku cuba bangkit. Aku kuatkan semangat. Aku fikir dalam-dalam dengan apa yang berlaku. Walaupun pada permulaan aku banyak salahkan tuhan. Serius wei!! Aku boleh salahkan pencipta aku sendiri. Ya Allah..bodoh betul aku. Tapi, entah macam mana bila aku cuba slow-slow dekatkan diri dengan tuhan..aku jadi semakin tenang. Apa yang berlaku ni, bersebab sebenarnya. Allah panggil kita supaya tunduk di hadapan dia dengan merintih, merayu..berdoa pada dia. Dia rindukan doa kita. Dalam aku berusaha untuk bangun dari ujian ni, aku banyak dekatkan diri dengan Allah. Aku berazam aku tak nak tinggal solat. Aku nak rajin baca Al-Quran. Alhamdullilah, semakin hari semakin okay. Mungkin Allah dah bimbing aku untuk berubah. Perlahan-lahan aku bangkit walaupun perit.


Selain dari itu, aku suka ambil sikit inspirasi based on apa yang aku baca kat twitter atau telegram. Contohnya Faiz Ibrahim. Tulisan dia bersahaja tapi mendalam. Tepat mengena pada pembacanya. Kalau bab keagamaan..lebih kepada ceramah-ceramah agama laa,selalu aku tengok kat tv je. Hahaha..Entahlah..kadang aku rasa lately ni aku jadi pelik pun ada..jiwa asyik nak 'deep' je..amenda ntah! Maybe aku rasa macam okay laa kot ada geng yang broken ni kan..i feel what you feel..!! HUHUU..


Bagi aku laa..kita dalam hidup ni tak payah laa nak sedih lama sangat. Walaupun nak move on tu memang susah..tapi jangan layan sangat laa. Dalam kita move on tu cer kita buat something yang boleh menghappykan diri kita ni. At least, kita lupa laa sekejap pasal 'benda' tu. Cara aku..aku baca quran je. Penawar segala penyakit. Lagi-lagi penyakit hati ni. Cuba lah..memang rasa tenang. CUBALAH WOI..CUBALAH!! hahaha..over pulak. Jadi, takmo laa cedih-cedih..nanti awak tak comel..hehehe

Sunday 8 November 2015

My childhood memory..

Secara jujurnya zaman kanak-kanak aku adalah zaman yang paling awesome!! Nak tahu sebab apa? sebab masa tu otak aku ni suci dari gajet-gajet yang semakin hari semakin melalaikan manusia. Ya, aku mengaku tentang itu. Aku tak hairan pun kalau budak-budak umur 6 tahun pun dah ada iphone. Kelas kau dik..aku masa umur macam tu yang aku tahu main masak-masak je lepas balik tadika and then kena sound dengan ibu sebab tak kemas balik. Awesome!!

Bila hari sabtu ahad..kawan aku ajak ronda-ronda naik basikal. Merata tempat aku pergi. Balik lambat kena marah dengan ibu lagi. Hahahaha..time tu pulak masa aku sekolah rendah. Memang havoc laa. Kitorang konvoi ramai-ramai naik basikal dah macam gangster je. Okay aku tipu. Macam biasa je..

Waktu paling best bila hujung-hujung tahun. Dah takde benda nak belajar lagi..semua silibus dah habis tapi still kena pegi sekolah. Kitorang bawak macam-macam permainan main kat kelas. Ada yang bawak batu seremban, jutaria, penutup botol, uno, kad mainan yang ada mr.tack, mrs.tack tu laa..yang bawak congkak pun ada. Cikgu? cikgu lek jelaa..tengok je kitorang. Kadang-kadang cikgu pon join. Awesome kan? Aku still ingat ada satu game yang macam ntah hape2 bagi aku..tapi memang best! Game ANITA. Haduii..aku sampai sekarang masih fikir apa kena mengena game tu dengan Anita? Anita ke yang create game tu? Game yang aku tak gemar sangat masa tu is game musang-musang. Hadoiiii..lagi-lagi bila kau yang kena jadi musang. Mampuiihh nak kejar diorang yang time tu dah kena histeria. Masing-masing dah takut kena tangkap. Sampai berdarah-darah kau sebab kau main tahap ganas. Hehehehehe..

Budak-budak sekarang ni tahu ke nak main benda alah macam tu..? Semua guna smartphone je..download kat apps main sampai lebam. Haihhh..rasa nak balik semula zaman-zaman macam tu. Rindu!! zaman yang tak ada masalah langsung. Asyik main je, masalah kebendanya..

















pemadam ni kalau tak silap ada dalam keropok..aku tak ingat pulak keropok apa tapi kalau beli dapat pemadam comel tu.

Sunday 1 November 2015

Cara mengenal pasti merkuri

*menaip sambil dengar lagu*

Kat Malaysia ni dah banyak sangat produk pencerahan kulit yang mempunyai kelebihan seperti pencerahan segera, tona kulit lebih sekata, jerawat hilang dalam masa beberapa hari, pori-pori akan mengecil and so on.

Tapi, sejauh mana produk kecantikan yang korang guna tu selamat ke atas kulit korang? Dulu ada satu produk ni terkenal dengan pencerahan segera dalam masa beberapa hari. Dalam kalangan student memang berebut-rebut laa diorang pi rembat produk tu termasuklah aku. Siapa yang tak nak muka putih glowing macam emma maembong kan? Cukup 3 benda ni je..sabun collagen, krim siang dengan krim malam. Aku try pakai produk tu pon sebab room mate aku masa part 3 time diploma dulu pakai. Muka dia memang cantik superb laa. Murah pun murah benda lah tu..kiranya harga mampu milik untuk student macam aku masa tu.

Sepanjang aku guna produk tu..memang takde masalah. Memang muka aku nampak cerah sikit laa after a few days aku guna. Dah masuk kali kedua aku guna benda tu..entah macam mana aku tengok testimoni orang lain yang guna produk yang sama, mostly semua bagi feedback negatif. Mula-mula semua pakai elok je..tapi lama-lama, muka dah start merah macam terbakar..ada yang lagi teruk daripada tu pun ada. Aku pun apa lagi, terus stop pakai. Tak sanggup hakak nak muka huduh..dahlah aku ni tak lawa mana..rupanya orang kata produk tu ada kandungan merkuri yang tinggi. Maigodddd..*buat muka terkejut*

Baru-baru ni aku ada terbaca kat twt_kecantikan di twitter pasal merkuri ni. Perempuan mesti banyak yang follow kat situ kan..? Jadi, atas dasar sifat perikemanusiaan aku ini..aku pun nak kongsikan pada korang semua cara nak detect merkuri dalam produk kecantikan.

1) MELEKIT-LEKIT. Biasanya ni ada kat krim malam. Memang tekstur produk yang aku pakai dulu tu pun cenggini gak..melekit-lekit. Nak cantik punya pasal sapu jelah. 

2) TIDAK HOMOGEN. Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat.

3) KULIT PUTIH SEGERA. Dengar je tagline kulit cepat putih gebu hati mesti berkobar kan nak cuba. Membongak je semua tu. Merkuri berlambak dalam tu apa tak putihnya cik jah oii..

4) LANGSUNG TAK ADA JERRRRAAWWAATTT. Hoi..siapa yang suka jerawat tumbuh? Ada ke cik senah, kak tipah..makcik leha bila jerawat timbul macam ni.."Yeaayyy..jerawat tumbuh, sukanya..!!" ada masalah kat saraf otak laa kalau ghope gitu.

5) BAU LOGAM. Dah nama pun merkuri, mesti laa bau logam kan..takkan bau sabun. Kalau ada yang wangi tu sebab dia letak parfum.

6) WARNA KEBIASAANNYA BERWARNA PUTIH-KUNING. Well, kalau bab ni..korang kena pastikan betul-betullah dulu..sebab memang mostly semua warna cenggitu. Check je kat website KKM kalau nak tahu produk tu selamat.

7) BERKILAU BLINK2. Tekstur kosmetik yang ada merkuri ni berkilau, berkilat. Nanti check kat kulit ada kilat2 tak..kalau ada tu..ada merkuri la tu.

8) BILA STOP PAKAI, MUKA JADI GATAL DAN ADA BINTIK2. Yang ni dah tahap bahaya dah ni..silap-silap boleh jadi kanser kulit. Muka pun jadi kusam tak berseri. Takuuuutttt..

9)KULIT JADI SENSITIF DENGAN MATAHARI. Kena matahari kompom muka dah start merah macam tomato..rasa terbakar je..hurmm..kita bakor je.

Lepas ni, kalau nak beli produk muka tu make sure check dulu kandungan dalam produk tu. Nak tahu keberkesanan produk tu..selamat atau tak..check kat KKM punya website. Kita pun tak nak melabur duit beratus-ratus untuk produk yang kita tak tahu selamat ke tak. Rugi laa kan..? Duit banyak habis..muka kita pun habis. Pakai laa petua-petui orang2 dulu..senang je..murah pun murah, guna bahan semula jadi je. Walaupun kesan tu mengambil masa, at least muka kita ni taklah terjejas dengan penyalahgunaan produk. Wahhhh ayaaattt..haha.