Saturday 14 November 2015

Hanya tulisan rawak dan rabak..

12.46 pagi..waktu aku mula untuk menulis something kat blog ni. Idea merepek dah datang untuk aku curahkan kat sini. Well, it is not something that gives all you a good things at all. Just my thoughts that i want to share to you and asking you to think about it. Up to you laa nak ambil kisah ke tidak.. people always judge right?

Semua orang ada masalah tersendiri. Ada kisah silam yang kita sendiri tak nak ingat langsung. Especially orang yang broken-hearted ni. Kalau boleh dah tak nak percaya kat sesiapa lagi sebab takut kecewa yang entah ke berapa kalinya. Ada yang bertekad dalam diri yang tak akan ada relationship lagi dengan mana-mana manusia pun. Dah takut nak letak harapan yang tinggi dengan orang yang diharapkan. Takut orang yang kita sayang berubah hati. Kita seolah-olah dah serik dalam relationship ni. Lebih baik seorang. Tak sakit hati. Aku boleh buat apa yang aku suka. Betul tak?Haha..


Jangan risau..kita geng! Memang sakit bila kita terlalu percayakan dia dan letak harapan tinggi menggunung pada dia tetapi pengakhirannya kita pulak yang merana. Katanya jangan tinggalkan dia, last-last kita yang ditinggalkannya. Kelakar betul! Tapi, perkara yang unexpected macam ni mengajar kita bahawa jangan terlalu yakin dengan sesuatu yang belum pasti. Bila dah terlampau sure, macam itulah jadinya. Akulah tu orangnya. Aku lupa..yang aku ni manusia. Manusia ni hanya mampu merancang..yang menentukannya Allah. Sebab tu segala nikmat tu semua hilang macam tu je.. aku rasa macam satu benda berat jatuh kat diri aku ni. I'm totally down.


Lama-lama..hari demi hari..aku cuba bangkit. Aku kuatkan semangat. Aku fikir dalam-dalam dengan apa yang berlaku. Walaupun pada permulaan aku banyak salahkan tuhan. Serius wei!! Aku boleh salahkan pencipta aku sendiri. Ya Allah..bodoh betul aku. Tapi, entah macam mana bila aku cuba slow-slow dekatkan diri dengan tuhan..aku jadi semakin tenang. Apa yang berlaku ni, bersebab sebenarnya. Allah panggil kita supaya tunduk di hadapan dia dengan merintih, merayu..berdoa pada dia. Dia rindukan doa kita. Dalam aku berusaha untuk bangun dari ujian ni, aku banyak dekatkan diri dengan Allah. Aku berazam aku tak nak tinggal solat. Aku nak rajin baca Al-Quran. Alhamdullilah, semakin hari semakin okay. Mungkin Allah dah bimbing aku untuk berubah. Perlahan-lahan aku bangkit walaupun perit.


Selain dari itu, aku suka ambil sikit inspirasi based on apa yang aku baca kat twitter atau telegram. Contohnya Faiz Ibrahim. Tulisan dia bersahaja tapi mendalam. Tepat mengena pada pembacanya. Kalau bab keagamaan..lebih kepada ceramah-ceramah agama laa,selalu aku tengok kat tv je. Hahaha..Entahlah..kadang aku rasa lately ni aku jadi pelik pun ada..jiwa asyik nak 'deep' je..amenda ntah! Maybe aku rasa macam okay laa kot ada geng yang broken ni kan..i feel what you feel..!! HUHUU..


Bagi aku laa..kita dalam hidup ni tak payah laa nak sedih lama sangat. Walaupun nak move on tu memang susah..tapi jangan layan sangat laa. Dalam kita move on tu cer kita buat something yang boleh menghappykan diri kita ni. At least, kita lupa laa sekejap pasal 'benda' tu. Cara aku..aku baca quran je. Penawar segala penyakit. Lagi-lagi penyakit hati ni. Cuba lah..memang rasa tenang. CUBALAH WOI..CUBALAH!! hahaha..over pulak. Jadi, takmo laa cedih-cedih..nanti awak tak comel..hehehe

No comments:

Post a Comment