Wednesday 28 October 2015

Sampai bila aku nak jadi macam ni??

Pernah tak dalam korang terfikir atau terlintas dalam hati korang yang satu hari nanti kau akan berubah? Kau dah tak nak duduk dalam tempat kau sekarang? Terutama dalam kehidupan seharian. Kau nak rajin solat, kau nak jadi baik..nak jadi seorang hamba yang sentiasa zuhud dalam ibadah. Yelah..umur dah lanjut tapi perangai kau cenggitu gak..tak berubah..

Kalau korang tanya aku, tipulah kalau aku jawab tak.. tahun ni aku dah 21 tahun tapi pemalas nak mampuihh. Alamak ter'reveal' perangai sebenar aku. Malas sikit je. Selalu sangat aku fikir bilalah aku ni nak berubah..aku nak sangat buat something yang boleh membanggakan diri aku sendiri. Tak banyak pon aku nak. Aku cuma nak rajin solat je. Ni dah nak hujung2 waktu baru nak pergi solat. Teruk kan?? Korang jangan ikut macam aku ni. Hahaha..

Bila korang dah rasa perasaan macam tu..kenapa nak tunggu lagi? Dah tiba masanya kau ikut kata hati kau. Kalau tuhan dah gerakkan hati untuk berubah, go on! Allah dah choose kau. Dia tak nak kita ni makin jauh tersasar. Cuma satu masalah kita ni yang susah nau nak istiqomah untuk jadi baik iaitu kita terlalu laju dalam proses penghijrahan kita. Maksudnya, perubahan yang buat ni mendadak sangat. Apa taknya..selama ni kita malas nak solat, tetiba rajin lepas seminggu dua..kiokk balek. Tak guna jugak beb..sama jugak dalam hal-hal lain..mula2 je semangat assabiyah..lama2 semangat mak jemah..apa aku merepek ni? 

Haaa..sabar dulu kawan..aku tahu korang nak berubah, nak jadi manusia yang baik tapi jangan gelojoh sangat. Nak berubah ni kena laa berperingkat. Kalau tak.. ke laut usaha korang. Sia-sia je,,
Untuk korang yang dah ready nak berhijrah..teruskan usaha. Slow-slow mulakan langkah. Macam kau bawak kereta, kau mesti masuk gear 1 dulu kan..takkan terus nak masuk gear 5..tumporr kome..
Nasihat ni untuk diri aku jugak..apa-apa pun selitkan doa untuk setiap perbuatan kita ni. Moga Allah redha..quote aiman banna kauu..

No comments:

Post a Comment