Tuesday 7 July 2015

Memanfaatkan 10 hari terakhir Ramadan

Assalamualaikum semua..
Alhamdullilah, hari ni hari ke-20 ramadan..cepat kan masa berjalan? Mesti ramai yang dah tak sabar nak sambut bulan Syawal pulak kaannn? Tapi, nanti dulu..jangan excited nau..kita still ada lagi 10 hari untuk habiskan bulan ramadan ni..saborrrr..!!

Ya, aku tahu..korang tengah sibuk buat persiapan raya sekarang ni. Ada yang cat rumah, tukar sofa baru..beli baju raya 2 3 pasang kalau boleh kau boria sama kaler dengan family kau..cakap orang, aku pun sama jugak  -..- boleh...sape kata tak boleh asalkan kau pandai manage perbelanjaan korang masa musim perayaan ni dengan baik..dah okay laa tu..

Tapi jangan lupa jugak kita pun kena buat persiapan untuk merebut peluang pada hari-hari terakhir ramadan ni dengan memaksimumkan sehabis mungkin amal ibadat kita kepada Allah S.W.T. So, moh kita buat check list untuk diri kita supaya kita dapat bertemu lailatul qadar ni..besar ganjarannya tau..


1. Meluangkan masa untuk Allah

Haaa..masa nilah kita nak memohon apa kita hajati, apa yang kita nak..jangan risau, Allah ada untuk dengar doa setiap hambanya..lagi2 bulan puasa ni kan..In Shaa Allah, jika di izinkan, Allah akan perkenankan. Tinggalkan sekejap hal2 dunia ni dan rebut peluang untuk bertemu dengan Allah S.W.T. 





2. Membaca Al-Quran 

Kalau dulu sebelum bulan puasa ni, kita mungkin dengan tak sengaja tinggalkan al-quran sampai berdebu dalam almari kau..kali ni, kalau boleh..kita 'dating' dengan al-quran..jangan hengat kau boleh dating dengan orang je..dengan kalamullah ni pon bisa..walaupun macam terlambat la jugekk kannn...yelaa, dah nak habis bulan puasa ni baru terkial2 cari al-quran..acano tu?? hahaha..takpe my dear..sekurang-kurangnya kita ada kesedaran nak mendalami ayat-ayat Allah..kita nak tambah pahala..kiranya masih belum terlambat..dan yang penting istiqomahkan amalan ni sampai bila2..In Shaa Allah..


comel kan? harap2 bila dah ada anak nanti, dia pandai baca al-quran..


3. Memperbanyakkan solat-solat sunat 

Instead of solat fardhu...cehh..speaking kauuu..selain kita melakukan solat fardhu which is a MUST for muslims..kita boleh melakukan solat sunat seperti solat hajat, tahajjud..istikharah ke..lagi afdhal buat sepertiga malam like 3 pagi atau 4 pagi macam tu..sebelum uolls bersahur. Orang kata kalau kita beribadat pada waktu2 macam ni..dia punya 'feel' tu lain macam woooo..sebab dengan suasana sunyinya..sejuk2 sikit..seolah-olah kau rasa dekat sangat dengan Dia..bila kau berdoa tu kalau doa sungguh2 memang boleh mengalir air mata..




4. Memperbanyakkan doa

Malam 10 akhir adalah malam-malam yang penuh kebaikan, kebajikan dan ihsan. Nabi saw menyatakan kepada orang yang berpuasa bahawa berdoa ketika berbuka tidak ditolak oleh Allah. 

Nabi turut mengkhabarkan bahawa Allah SWT turun pada ¾ malam, lalu nabi bersabda:   “Barangsiapa yang berdoa ketika itu pasti dikabulkan dan barangsiapa yang beristighfar (memohon ampun) pasti akan diampunkan dosanya”.(Tirmizi dan Ibn Majah) 


Aku rasa cukup la kot..contoh2 amalan yang boleh kita buat pada 10 hari terakhir ramadan ni..Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya sepanjang bulan puasa ni.. jangan ponteng puasa ya..? bye..



1 comment: